Wednesday, November 24, 2010

From Taiping With Love

6 November 2010, we love rain city.

Pukul 9 pagi berkumpul di Shell Jalan Duta, dalam meeting-meeting sebelumnya ramai yang nak join. Tapi akhirnya cuma Eais, Farah, Kumat, Ayu, Mus, Abang Zahar, Ogy dan Finas saja boleh join. So kami bertolak lebih kurang pukul 10am. Padahal mula-mula decide nak pegi pukul 8am. Janji Melayu.
 " not all of us, heee"
 " Ustaz Kumat in da House"
                                       "anak mommy kena buli ye"
So perjalanan kami terhenti di Simpang Pulai sebab nak ambil Finas yang sambut deepavali di Ipoh. Fyi, Finas sangat 1Malaysia, kalau boleh hari gawai pun nak sambut. Dekat RNR simpang pulai sempat lagi hit nasi ayam, laksa dan samosa. Laksanya superb, RM2.50 je.
 "acara membuncitkan diri, team naga"
Perjalanan diteruskan, kami masuk exit Kamunting. Based on map, dapatlah jumpa Rumah Cikgu Gnie, wife abang Bomba. Rumahnya dekat dengan Air Terjun Bukit Jana, dekat pusat Tahanan ISA.

Sampai-sampai je tengok Abang Bomba dengan Cikgu Gnie tengah bersanding. Kami pun join sekali the photoshoot session with the newlyweds. Lepas tu, time for sooruuu. Excited sebab ada cendul.
"ceria dah sampai Taiping"


"Rombongan nak mai makann"
        Aktiviti seterusnya, yang bersuara sedap.. mula lah me'nyumbang'kan suara sebab ada seisi berkaraoke. Paling best suara DJ ala-ala suara Awieee. Abang Zahar pun turut menyumbangkan lagu Cinta Pantai Merdeka. Cayalahh.
" acara nak mengorat"
" adoii, tolong translate sat"



"sibuk mentelaah bang, subjek apa tu?"
Sempat juga kami mandi / tukar baju kat masjid area Bukit Jana before join newlyweds for outdoor photoshoot. Selepas refresh hujan turun selebat-lebatnya, tapi photoshot session masih diteruskan. Dalam pukul 6 kami sampai di Taman Tasik Taiping. Mula-mula bagi peluang dekat pengantin dulu bergambar, sementara menunggu, kami makan ice cream potong. Rindu ice cream ni walau rasanya dah tak sama macam dulu.

Seisi photoshoot beramai-ramai bermula bila dah hampir maghrib. Lokasinya disebatang pokok besar yang berdahan besar dan mampu menampung lebih dari 10 orang. Banyak betul drama masa nak panjat pokok ni. Kami datang dalam saiz-saiz berbeza. Abang bomba yang dah biasa dengan kerja panjat memanjat ni pun gayat.. apatah lagi kami yang dah hampir 10 tahun tak panjat pokok. Tapi berkat usaha, sokongan padu dan keinginan untuk turut menjadi watak di dalam gambar, kami gagahkan jua untuk memanjat.

Seronok sangat bila dekat atas pokok, ditambah dengan kereta lalu lalang yang asyik hon-hon kami. Bangga sekejap. Tapi bila nak turun, lagilah drama. Ada yang tersalah turun, tergelincir dan terdera. Tak kurang juga yang tak mahu turun sebab tak confident dengan keperkasaan penyambut di bawah. Kelakar kan?


 "best moment"


Selesai sudah proses bergambar, kami terus ke Restoran Kuew Tiaw Doli. Memang wajib pegi restoran ni, sebelum ni cuma tengok di dalam Destinasi Bajet je. Kuew Tiaw Special dia memang best, banyak seafood. Ada yang makan nasi ayam, kuew tiaw sup, adoii terliur pulak. Apa pun, kesian juga pada Fatah sebab menahan sakit belakang lepas jatuh dari pokok.



Selesai makan, kami menuju ke destinasi seterusnya, Parit Buntar. Banyak benda kelakar dalam mencari jalan ke parit buntar ni, mula-mula kami ikut arah highway, kemudian ada satu signboard highway tulis IPOH. Kami pelik jugak, takkan 1 arah saja. Mana nak ke arah UTARA. Kami pun teruskan lagi perjalanan. Semakin lama semakin pelik sebab ikut ke arah Kuala Kangsar. Kami pun berhenti dan tanya orang, rupa-rupanya tersalah jalan.
Bila pusing balik, ternampak signboard tulis GEORGETOWN tapi bahagian arrow nya pula dah patah. Macam2 laaaa...


Akhirnya sampai di Parit Buntar dalam pukul 10.30 malam, singgah dirumah fuzayme untuk ambil kunci homestay. Tak jauh pun, 5 mins walk. Homestaynya not bad, ada 2 bilik tapi rumahnya luas. Tapi toilet master bedroom tak ada pintu. Nasib toiletnya luas, masih boleh cover. Apa pun, thanks to Fuzayme & Family for the homestay.















Pagi tu, kami breakfast di rumah Fuzayme. Yang menariknya nasi lemak kari udang, unik bukan?


Aktiviti di homestay seterusnya, lepak sambil update facebook, upload gambar dan bergelak ketawa sambil tengok gambar. Abang zahar pulak sibuk mengurut si Kumat Hassan. Dalam pukul 12 tu kami gerak ke rumah Fuzayme. Nasi Kendurinya sedap sangat.







 "main kawin-kawin"




Lepas lepak-lepak sekejap, lebih kurang pukul 5 petang kami pun mula gerak balik ke KL.




Ada 1 insiden di petronas yang agak kelakar, bile Mus bayar air di kaunter.


Budak petronas tu cakap, empat ringgit "lima kupang".


mus " hah, lima kupang, apa tu"


Fyi, kalau orang utara, akan sebut "kupang" untuk sen. Kalau biasa kita sebut seposen, duaposen tapi diutara sekupang, dua kupang. Itu la yang best about travellin, bukan saja boleh tengok tempat orang, tapi dapat juga belajar bahasa dan budaya orang lain. Kami sempat berhenti di Sawah Padi.
Sanggup u-turn sebab nak sangat bergambar di sawah. 


Perjalanan ke KL memang penat sebab jalan agak Jammed. Cuti deepavali la kata kan. Kami berhenti di Bukit Gantang untuk dapatkan jambu madu. ada 2 warna, hijau dan pink. * all time favourite. Time berhenti, kumat pulak take over jadi driver. Macam-macam jadi la since kumat yang drive, hanya kami je tau. Jalan jammed sangat so kami ikut jalan lama, exit tapah.


"bye-bye parit buntaq"
Dekat Tapah singgah dekat Mee Rebus Tapah. Restoran ni penah masuk program "warung kita" sebab ada mee rebus tulang. Makanan lain pun sedap juga, abang zahar pun sempat tapau lagi.
Dalam pukul 9.00 kami teruskan perjalanan dan dalam pukul 12am sampai di KL.

Alhamdulillah, pengalaman dan perjalanan yang paling manis. Banyak yang kami dapat, belajar, pengalaman, kegembiraan.. semuanya. Kami dapat tahu kisah cinta abang zahar yang selalunya asyik tak perasan je apa yang dia buat.

Dan paling penting, disinilah terciptanya nama "CHAKCHIBOR" yang bermaksud "PEPATUNG" dalam bahase Pah Bedah yeeoow.







Sunday, November 21, 2010

A Night To Remember

Jumaat, 19 November.

Geng-geng Chakchibors keluar tengok wayang. Eais dah booked tiket online awal-awal. Kami tengok cerita  Harry Potter and the Deathly Hallows @ 9pm di Pavillion. Mula-mula eais dan kumat sampai dulu, kemudian disusuli ayu & finas. Meet point di Food Court Pavillion.

ni makanan eaisraf. korean food
 ayu sharin' seafood platter with finas

that mango juice costs eais RM 9. cekik darah

Kumat makan nasi campur, mana ntah gambarnya.. hehe
So, lepas habis makan.. usop dan farah pulak sampai tapi tak sempat nak makan sebab movie dah nak start. So meet point seterusnya di GSC. Jumpa Dayah, Nadia & BF.




Movie Harry Potter and the Deathly Hallows so-so je lah. Mungkin agak tergantung sebab ada part II soon. After movie, we all going to KTV for karaoke session. Nadia & Bf, Dayah & Mr ding dak geding ding ding tak join us. Tapi abang bomba dan cikgu gnie dah tunggu di KTV. So on the way to KTV, kami sempat berjimba dan bergambar lagi.


feeling di Tokyo @ Singapore



Dekat KTV, masing-masing tunjuk bakat terpendem. Anuar Zain ada, ahmad Jais ada, Taylor Swift ada.. tengah syok dok karaoke tiba-tiba Usop terima msg dari Kumat.





" ada polis bukit aman buat serbuan ke"

Masa tu semua macam rileks lagi. Siap sambung nyanyi, tapi lepas screen semua dah stop, kitaorang cuak jugak. Last-last buka lampu, tak lama lepas tu polis masuk mintak IC. Nasib baik semuanya bawa IC. Usop paling cuak sebab dia anggota.
 muka-muka ustazah dan ustaz tengah cuak

Lepas bagi IC, terus tunggu kat luar. Makk aiii ramainya manusia. Kami berempat je yang bertudung. Bak kata eais, ustazah dah masuk tempat yang salah.. Tapi sedar tak eais macam budak nerd yang baru balik dari study. Hehe.

Alhamdulillah, kami semua lepas. Tapi usop je kena buat urine test. Kami semua tunggu dia. Sampai pukul 4.30 pagi, usop pun keluar dengan bangganya sebab tak sangkut apa-apa. Siap pegang Mycard lagi. Kitaorang dah tin tong tapi still nak pegi breakfast kat Pelita. Nasib lah boleh drive sampai rumah dengan selamat.
 Lapaqqq.. tau dak?
 merpati dua sejoli
"sayang, termissed projek kita malam ni"

Apa pun, ini pengalaman yang manis + pahit semua ada. Nasib tak masuk TV..