Sunday, November 21, 2010

A Night To Remember

Jumaat, 19 November.

Geng-geng Chakchibors keluar tengok wayang. Eais dah booked tiket online awal-awal. Kami tengok cerita  Harry Potter and the Deathly Hallows @ 9pm di Pavillion. Mula-mula eais dan kumat sampai dulu, kemudian disusuli ayu & finas. Meet point di Food Court Pavillion.

ni makanan eaisraf. korean food
 ayu sharin' seafood platter with finas

that mango juice costs eais RM 9. cekik darah

Kumat makan nasi campur, mana ntah gambarnya.. hehe
So, lepas habis makan.. usop dan farah pulak sampai tapi tak sempat nak makan sebab movie dah nak start. So meet point seterusnya di GSC. Jumpa Dayah, Nadia & BF.




Movie Harry Potter and the Deathly Hallows so-so je lah. Mungkin agak tergantung sebab ada part II soon. After movie, we all going to KTV for karaoke session. Nadia & Bf, Dayah & Mr ding dak geding ding ding tak join us. Tapi abang bomba dan cikgu gnie dah tunggu di KTV. So on the way to KTV, kami sempat berjimba dan bergambar lagi.


feeling di Tokyo @ Singapore



Dekat KTV, masing-masing tunjuk bakat terpendem. Anuar Zain ada, ahmad Jais ada, Taylor Swift ada.. tengah syok dok karaoke tiba-tiba Usop terima msg dari Kumat.





" ada polis bukit aman buat serbuan ke"

Masa tu semua macam rileks lagi. Siap sambung nyanyi, tapi lepas screen semua dah stop, kitaorang cuak jugak. Last-last buka lampu, tak lama lepas tu polis masuk mintak IC. Nasib baik semuanya bawa IC. Usop paling cuak sebab dia anggota.
 muka-muka ustazah dan ustaz tengah cuak

Lepas bagi IC, terus tunggu kat luar. Makk aiii ramainya manusia. Kami berempat je yang bertudung. Bak kata eais, ustazah dah masuk tempat yang salah.. Tapi sedar tak eais macam budak nerd yang baru balik dari study. Hehe.

Alhamdulillah, kami semua lepas. Tapi usop je kena buat urine test. Kami semua tunggu dia. Sampai pukul 4.30 pagi, usop pun keluar dengan bangganya sebab tak sangkut apa-apa. Siap pegang Mycard lagi. Kitaorang dah tin tong tapi still nak pegi breakfast kat Pelita. Nasib lah boleh drive sampai rumah dengan selamat.
 Lapaqqq.. tau dak?
 merpati dua sejoli
"sayang, termissed projek kita malam ni"

Apa pun, ini pengalaman yang manis + pahit semua ada. Nasib tak masuk TV..

Kerana Daun Yang Jatuh Takkan Sekali-kali Membenci Angin

Wahai Tuhanku,

betapa telah Kau aturkan perkenalan sehingga membenihnya persahabatan dan Kau pupuk ia tumbuh subur di hati kami agar bercambah keimanan. Namun andai hadirku menjadi ulat yang merosakkan antara dia denganMU, maka tidak ada tangguh untukku berundur dari dalam hidupnya.

KeranaMu Tuhanku,


Saat aku memohon teman yang mengemburkan keimanan dan Kau anugerahkan dia menjadi pohon singgahsana agar rimbunnya menjadi teduhanku dari bahang kemarau kehidupan. Bagaimana Kau meminta dia dariku kembali, sedang aku dan dia nyata milik-MU.

PadaMu kuserahkannya, andai pengorbanan itu mahar keredhaan. Kerana saat Kau hadirkan pertemuan, telahku redha untuk sebuah perpisahan.

Pernahkah kita bertemu dengan seseorang yang tidak pernah kita kenal siapa dia, tidak pernah kita tanyakan dari mana asalnya. Dan dia duduk seketika bersama kita, menyinggahi kamar kehidupan dan meninggalkan kalam bisunya di ruangan jiwa.

Dimensi pertemuan itu berbeza, saat kita tidak pernah melihat wajahnya namun kita bagai tahu bagaimana redup pandangannya. Dan tika kita tidak pernah sekali pun mendengar suaranya, kita bagai kenal nada bahasanya.

Dan kita tertawan pada agamanya, saat tazkirah dan nasihat menjadi utusan hatinya..saat hadis-hadis Baginda bermain dalam ratib bahasanya dan Al Huda menjadi ayat karangan jiwanya.


Dan bagi kita,sahabat adalah keperluan jiwa.

Dialah ladang hati, yang kita taburi dengan kasih dan kita tuai dengan penuh rasa terima kasih. Dan pada kita, dialah anugerah istimewa dariNya saat kita memohon padaNya memilih teman perjalanan yang terbaik dalam kembara perjuangan di jalanNya.

Begitu tika Dia hadirkannya berkali-kali menemani lena kita, saat istikharah yang kita pinta menjadi jawapanNya. Sehingga seluruh jiwa kita menyangka dialah sahabat yang bakal menjadi menjadi tonggak perjuangan selama masa kehidupan.

Dan tika itu kita mengharapkan persahabatan yang berpanjangan dengan ikatan yang lebih kukuh dan diredhai..agar utusan hatinya sentiasa menemani kita, ratib bahasanya terus didendangkan di telinga dan karangan jiwanya terus kemas terukir saat kita alpa.

Dan tidak pernah ada prasangka, bagaimana andai hadir kita memberi masalah padanya.. kewujudan kita tanpa sedar mengganggu hatinya bertemu Pencipta.


Dan kita terpaku tiba-tiba, dari doa yang kita pohon agar persahabatan dinaungi rahmatNya tiba-tiba bertukar cela. Mungkinkah dalam persahabatan itu penuh terpalit dosa, apakah nasihat kita melaghokan jiwanya..saat kita bersahabat kerana agamaNya.

Namun tiba saat mengharuskan kita sedar, saat pertemuan diqasadkan untuk memburu redhaNya maka perpisahan keranaNya pasti membuah makna. Tika kita merunduk tawadhu` pada ketentuanNya dalam kudus jiwa kita membelas pada ketentuan takdir.. yakinlah Dia tidak pernah menganiaya hambaNya.

Kalau kehadiran dianggap menyusahkan, moga pemergian menghembuskan ketenangan. Bila membenih subur kerana ukhuwwah, biar jatuh gugur dalam mahabbah.


Kerana daun yang jatuh takkan sekali-kali membenci angin. Dan amankanlah hatimu dengan janjiNya :"..

Dan sekali-kali tidaklah Rabb-mu menganiaya hamba-hambaNya." Fussilat::46.