Sunday, August 14, 2011

chackcibors buka pose lagi.....

Jumaat yang lalu kami telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim RKH. Kehadiran kami disambut dengan meriah oleh anak-anak RKH. Ada juga dikalangan kanak-kanak ini yang tertanya-tanya mana bapa dan ibu angkat masing-masing.. Tapi apakan daya, ada yang sibuk dengan tugasan harian menyebabkan mereka tidak dapat menyertai majlis kali ini.

Sebenarnya rancangan berbuka puasa ini telah pun kami rancang selepas projek kemasyarakatan yang telah dijalankan pada bulan Julai yang lalu. Walaupun majlis berbuka puasa kali ini berlangsung dengan serba ringkas tetapi kehadiran kami  amat bermakna bagi anak-anak di RKH ini.

Pelbagai juadah telah kami sediakan termasuk murtabak yang sgt sedap...., karipap, rojak buah, nasi tomato, air anggur yang sgt manisssss, teh tarik dan air coklat dutch lady untuk kanak-kanak.. Walaupun list makanan takde la sehebat menu di hotel lima bintang tapi tetap marvelleous... Majlis bermula dengan tahlil dan bacaan doa.Selepas selesai solat magrib berjemaaah , kami pon ape lagi melantak lah sepuas hati dengan juadah yang telah kami sediakan.

Acara yang dinanti nanti kan pon tiba.. Main mercuuunnn dan bunga apiii... mmg best giler, kami yang dah tua bangka ni pon dah same perangai dengan anak anak RKH.. al maklumlah dah lame x main bunga api mcm dolu dolu....

Sebelum kami berangkat pulang,  kami telah memberikan sedikit cenderamata tanda ingatan sempena hari lebaran yang bakal menjelma.....

Usop: Meh abah suapkan meh... jangan nakal-nakal tau.. kena blaja rajin2.. nanti beso ley jadi org yang berguna untuk bangsa dan agama...
Anak2: yea abah.. kami janji...


dari kiri: Aqma, Ayu, Eais, Pnut dan Aqu Ikram...


Farah bersama anak-anak yang terchenta...


KAMI ANAK-ANAK RUMAH KASIH HARMONI (RKH)


seronoknye mereka ketika bermain bunga api.. semuanye terkawal rapi...



pnut: wei dah lama awok tak maen bunga api..
ayme: KITA BAKOR aje yob...



Semoga dengan pemberian kami yang tidak seberapa ini, dapat mengembirakan anak-anak RKH ini. :)





No comments:

Post a Comment